Want your
own Fotopage?








 

cake
By: ju cakeart

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 10-Dec-2008 05:47 Email | Share | | Bookmark
pindah rumah

makluman pada semua kengkawan, Ju dah pindah rumah. Almaklum leerrrr. Rumah baru, perabut pun belum habis sampai.


Jemput lah datang ke rumah baru Ju

http://jucakeart.blogspot.com

Add comment


Tuesday, 23-Sep-2008 14:52 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI



Tinggal 7 hari sahaja kita akan berpuasa dan bakal menyambut hari raya aidilfitri. Ju ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf kiranya ada berlaku sebarang kesilapan kepada semua yang mengenali diri Ju dan juga kepada seluruh umat Islam.

Tak lupa juga buat guru yang tersayang (sapa lagi kalau bukan Kak Ida), idola2 yang tersayang (maklang, kak liza, mamafami, chetam & ramai lagi lah) kerana tanpa kalian Ju tak dapat mencuba resepi2 terbaru serta halalkan ilmu yang Ju terima secara langsung @ tidak.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN

Terharunya.... nama mama pun masuk gak ye... Terima kasih banyak-banyak.
Mama pun begitu juga, mohon maaf andai ada silap dan salah.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Ju sekeluarga...
Wed 24-Sep-2008 05:22
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
salam syawal baru sempat beraya kat fp nie Tue 14-Oct-2008 06:28
Posted by:ida isk  - [Link]
Lamanya berhibernate? Tue 4-Nov-2008 06:39
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Add comment


Monday, 1-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan bertemu kembali



Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan tahun nie. Semoga rakan2 semua dapat menumpukan sepenuhnya ibadah puasa ini. Bila masuk Ramadhan nie, maka ramai jugalah yang menerima tempahan kuih raya. Kadang2 pulak tu, bila dah asyik buat tempahan, kuih sendiri pulak yang tak sempat nak dibuat. Mula lah adanya kuih tunjuk2. Tapi perlu diingat, kadang2 yang tunjuk2 tu rupa saja cantik, menarik, tertarik d boom. Bila dimakan, langsung tak terasa.

So, pada teman2, rakan2 & sahabat handai Ju ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.


Add comment


Sunday, 31-Aug-2008 03:51 Email | Share | | Bookmark
MERDEKA DAY




Sempena Hari Merdeka Ke-51 ni, Ju ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA kepada semua rakan-rakan yang mengenali, rakan-rakan fp dan juga semua rakyat Malaysia.
Berbanggalah kita menjadi rakyat Malaysia

Tanggal 31 Bulan Lapan 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang MERDEKA

Mari kita seluruh rakyat Malaysia
Ramai ramai menyambut hari MERDEKA

MERDEKA !!!

31 bulan lapan 57
Hari mulia negara ku MERDEKA

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

MERDEKA !!!

Add comment


Saturday, 19-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Birthday cake

 
 
 
View all 4 photos...
Untuk kek birthday nie, customer suruh bubuh bunga warna biru. Dan inilah hasilnya...

Add comment


Saturday, 19-Jul-2008 04:34 Email | Share | | Bookmark
COOKIES

 
 
 
View all 4 photos...
Hari nie Ju dapat order cookies untuk door gift.

1) Customer request warna peach. Customer ni best sebab tak kisah apa design.

2) Customer request warna blue white & ada wording "AZZA & LUQMAN"

So, inilah hasilnya

Macam biasa, kalau nak order call 013-3264896 / 013-2302336

Add comment


Saturday, 12-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cheese cake Superman

 
 
Tangan nie dah sememangnya keras, customer pulak nak suruh lukis logo superman. Bila dah siap Ju tengok macam cacat semacam je ..... Sib baik le customer suruh lukis je logonya. Buatnya suruh lukis muka superman tu, tak ke kes naya... . Apa apa pun terrima kasih pada Pn Siti Esah kerana percaya pada Ju.

Add comment


Monday, 7-Jul-2008 12:23 Email | Share | | Bookmark
DUYUNG BIRTHDAY CAKE & COOKIES

 
 
birthday girl & duyung cake
View all 5 photos...
Request dari birthday girl NUR FARHANAH ATHIRAH BINTI MOHD HASHIM. Disebabkan minat sangat tengok movie Duyung, maka Ju pun merealisasikan atas kek. Birthday girl nak celebrate kat taska bersama kawan2 & cikgunya. Maka ibunya pun buatkan jugak le cookies. So, tengok je lah gambar-gambar ni.


FOR ORDER CALL 013-2302336 @ 013-3264896


next year nnt blh la buatkan ya kek gini gak ye...I minat sgt dgn bmw...leh yek... Wed 12-Nov-2008 13:20
Posted by:nadzirah
Add comment


Sunday, 6-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Karangkraf - pameran kerja kahwin 2008 II

 
 
 
Hari nie Ju buat buah2an dari jelly. Nak pamer kat Karangkraf. Jelly nie boleh makan tau. Jelly nie sesuai untuk hantaran perkahwinan & pertunangan.

kalau ada nak order just call 013-3264896 @ 013-2302336



Add comment


Sunday, 29-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Karangkraf - pameran kerja kahwin 2008

cc
colourfull
cookies
View all 5 photos...
Ju joint cousin, Shida (djariartz) kat Karangkraf. Deco simple2 je cc ngan cookies. Egg tart pun Ju buat tapi tak sempat nak ambil gambar. Cousin Ju nie memang kreatif orangnya. Diambilnya cc ngan cookies pas tu diletakkan dalam box. Terus jadi hamper. Ramai jugak la customer yang datang.

saya ada beli cookies dan cupcake masa pameran tu..memang sedap..insyaallah nnt nak order untuk majlis saya nanti. tapi tak tahu bila lagi hehe Mon 6-Oct-2008 15:19
Posted by:kamsy
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen2.pidgintech.com